SARATOK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan, anggotanya giat menjalankan operasi mencari seorang murid Perempuan yang dikatakan hilang pagi ini.
Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok tiba di lokasi yang dikatakan murid berkenaan hilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Saratok, dekat sini.

Menurut Komander Operasi, PBK I Kho Boo Jang, murid itu dikatakan hilang ketika menunggu ayahnya menghantar bekalan sarapan pagi.
Katanya, kejadian melibatkan seorang murid perempuan bernama Neelofa Entira Anak Entegang, 11, di lihat kali terakhir pada jam 5.50 awal pagi ini.
“Ketika itu Neelofa berada dalam kelas Tahun 5 sementara menunggu sarapan pagi di tempat beliau belajar di sekolah Engkudu.
“Bapanya yang sampai di sekolah itu pada jam 5.55 untuk menghantar sarapan pagi mendapati anaknya telah tiada dan tidak dapat dikesan dalam kawasan sekolah.
“Entegang tidak tahu ke mana Neelofa pergi dan terus membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi pencarian dilakukan bermula dari radius satu kilometer sehingga ke radius dua kilometer ke seluruh kawasan sekeliling SK Engkudu iaitu bermula dari tempat Neelofa dikatakan hilang.
Orang ramai yang menjumpai Neelofa boleh menghubungi ibunya di talian 017-8045 847 atau bapanya 017-8031 651. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!