Tak tanding PRK Mahkota, tapi Pejuang sokong PN, kata Mukhriz

Beri Dr. Mahathir ruang untuk merawat luka kehilangan – Mukhriz

PUTRAJAYA – Pemergian insan yang berkongsi hidup selama lebih tujuh dekad bukan kehilangan yang mudah diterima.

Bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad, rumah yang selama ini menjadi tempat berteduh bersama isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali kini menyimpan kenangan yang mungkin terlalu berat untuk dihadapi dalam sekelip mata.

Justeru, anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu orang ramai agar memberikan ruang dan masa kepada bapanya untuk melalui tempoh dukacita tanpa tekanan berlebihan, khususnya berkaitan keadaan emosi yang sedang dihadapinya selepas kehilangan teman hidup yang mendampinginya selama lebih 70 tahun.

Mukhriz berkata, pemergian ibunya masih meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Perdana Menteri itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, tempoh yang singkat sejak pemergian Allahyarhamah belum cukup untuk seseorang menerima hakikat insan yang selama ini berada di sisi, berkongsi suka dan duka, tidak lagi dapat ditemui seperti dahulu.

“Tun Mahathir seperti mana yang kita boleh lihat, belum sampai seminggu menghadapi pemergian isteri kesayangan beliau yang telah bersama selama 70 tahun.

“Tentu akan mengambil masa untuk beliau betul-betul menerima hakikat bahawa Allahyarham bonda sudah tidak bersama kita lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Bacaan Tahlil dan Yasin Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, semalam.

Menurut Mukhriz, keadaan emosi dan kesihatan bapanya perlu difahami dalam konteks kehilangan besar yang sedang dilaluinya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada usia lanjut, perpisahan dengan pasangan yang sekian lama menjadi teman hidup bukan sekadar kehilangan seorang isteri, tetapi turut mengubah seluruh rentak kehidupan yang telah dibina bersama selama puluhan tahun.

Rumah yang suatu ketika dahulu dipenuhi kehadiran dan suara insan tersayang juga boleh menjadi tempat mengundang kesedihan.

Setiap ruang menyimpan cerita, setiap sudut menghidupkan kenangan, manakala benda-benda yang kelihatan biasa mungkin mengingatkan seseorang kepada insan yang sudah tiada.

Mukhriz berkata, keadaan itu antara sebab beliau berpandangan bapanya lebih baik berada di Institut Jantung Negara (IJN) buat sementara waktu sehingga keadaannya benar-benar pulih.

“Saya kira kalau duduk di rumah pun, setiap benda yang beliau pandang akan mengingatkannya kepada arwah bonda. Jadi, mungkin lebih baik beliau berada di IJN dahulu sehingga betul-betul pulih,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz memaklumkan bapanya telah menziarahi pusara Allahyarhamah pada hari berkenaan.

Beliau menyifatkan kunjungan itu sebagai satu perkembangan yang baik dalam tempoh bapanya menyesuaikan diri dengan kehilangan itu.

Namun, di sebalik perkembangan dapat dilihat dari luar, proses menerima pemergian insan tersayang tetap sesuatu bersifat peribadi.

Kesedihan tidak mempunyai tempoh tertentu untuk berakhir, begitu juga usaha seseorang untuk berdamai dengan kenyataan bahawa kehidupan selepas ini perlu diteruskan tanpa kehadiran insan selama ini menjadi sebahagian daripada dirinya.

Atas dasar itu, Mukhriz merayu agar orang ramai tidak terlalu mendesak bapanya untuk menceritakan keadaan emosi atau memberikan penjelasan mengenai apa sedang dilaluinya.

“Saya merayu sangat-sangat, kalau boleh jangan tekan beliau sangat untuk mengetahui keadaan emosi dan sebagainya,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *