Kenangan Lee Chong Wei Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Pagi tadi (semalam), apabila mendapat berita Tun Dr. Siti Hasmah telah kembali ke rahmatullah, saya benar-benar terkejut. Saya hanya mampu terduduk, kaku seketika. Hati saya begitu sedih dan sebak.

Ingatan saya terus terarah kepada pertemuan dan perbualan kami ketika Malaysia Open pada awal tahun. Ketika itu, Tun begitu bersemangat bercerita tentang hasratnya untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pemain-pemain negara.

Semangat dan kecintaan Tun terhadap badminton tidak pernah pudar, walaupun usia semakin meningkat. Saya langsung tidak menyangka perbualan itu akan menjadi perbualan terakhir kami.

Bagi kebanyakan orang, Tun dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia. Tetapi bagi saya dan seluruh warga badminton negara, Tun adalah lebih daripada itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tun adalah seorang penaung, seorang pejuang dan seorang insan yang begitu dekat dengan kami. Kami menghormati dan menyayangi Tun seperti seorang ibu.

Pemain-pemain senior sering bercerita tentang kejayaan Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992. Ketika itu, Tun sentiasa berada di sisi pasukan sebagai penaung.

Setiap kali kisah kejayaan tersebut dikenang, saya dapat melihat betapa dalamnya perasaan Tun terhadap pasukan dan pemain-pemain negara. Malah, air mata Tun sering bergenang apabila mengenangkan kembali kejayaan itu.

Sepanjang hampir 20 tahun karier saya dalam badminton, daripada seorang pemain muda yang baru melangkah masuk ke skuad kebangsaan sehingga beraksi di pentas dunia, Tun sentiasa ada bersama kami.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketika kami menang, Tun turut berkongsi kegembiraan. Ketika kami kalah dan kecewa, Tun tetap memberikan sokongan. Tidak kira apa pun keputusan di gelanggang, kasih sayang dan perhatian Tun kepada kami tidak pernah berubah.

Tun melayan kami seperti anak-anaknya sendiri. Jika berlaku perselisihan faham dalam pasukan, Tun juga sering menjadi orang yang membantu meredakan keadaan. Dengan kelembutan dan kebijaksanaannya, Tun mampu menyatukan kami kembali.

Itulah antara perkara yang paling saya hargai tentang Tun. Tun bukan sekadar memberikan sokongan kepada badminton Malaysia, tetapi turut menjadi sumber kekuatan kepada pemain-pemain yang berada di bawah naungannya.

Lebih mengagumkan, Tun sendiri mempunyai kecintaan yang begitu mendalam terhadap badminton. Tun masih bermain badminton sehingga usia 75 tahun. Semangat dan kesetiaan Tun terhadap sukan ini benar-benar menjadi inspirasi kepada saya dan ramai lagi dalam keluarga badminton Malaysia.

Hari ini, kita kehilangan seorang insan yang begitu istimewa.

Bagi saya, kehilangan Tun terasa seperti kehilangan seorang ibu yang selama ini sentiasa mengambil berat, memberikan sokongan dan percaya kepada kami.

Tun Dr. Siti Hasmah, terima kasih atas segala jasa, kasih sayang dan sokongan Tun kepada badminton Malaysia dan kepada saya secara peribadi.

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kami, dalam suka dan duka, ketika kami menang mahupun ketika kami tewas. Saya akan sentiasa mengingati senyuman Tun, kata-kata semangat Tun dan segala kenangan yang kita lalui bersama.

Walaupun Tun sudah tiada, segala kebaikan dan kasih sayang yang Tun tinggalkan akan terus kami kenang. Berehatlah dengan tenang, Tun.

Kami akan sentiasa merindui Tun. – Datuk Lee Chong Wei

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *