Rafique persoal asas undang-undang pembatalan pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali mempersoalkan asas undang-undang digunakan pihak berkuasa susulan pembatalan pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Exco dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, semalam.

Beliau berkata, sekiranya benar pertemuan berkenaan dihalang atau tidak diteruskan atas nasihat polis atas faktor keselamatan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail wajar menjelaskan kepada rakyat siapa memberikan arahan, peruntukan undang-undang digunakan serta bentuk ancaman keselamatan yang dikenal pasti.

Pertemuan dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Seremban pada jam 9 pagi itu dibatalkan selepas pihak berkuasa menasihatkan supaya sesi berkenaan tidak diteruskan atas faktor keselamatan.

Rafique berkata, persoalan tersebut perlu dijawab berasaskan fakta dan undang-undang, bukan sekadar menggunakan alasan keselamatan tanpa penjelasan mengenai punca kuasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Adakah benar PDRM menghalang pertemuan tersebut? Jika benar, siapa yang memberikan arahan dan apakah peruntukan undang-undang yang digunakan?

“Apakah ancaman keselamatan menyebabkan Menteri Besar dan anggota pentadbiran sebuah kerajaan negeri tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut?” katanya dalam kenyataan menerusi media sosial.

Beliau berkata, polis sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, namun alasan keselamatan tidak seharusnya menutup persoalan mengenai asas tindakan yang diambil.

“Kalau ada ancaman, nyatakan asas tindakan. Kalau ada peruntukan undang-undang, nyatakan peruntukannya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kalau ada arahan, jelaskan siapa yang mengeluarkannya dan atas kapasiti apa,” katanya.

Menurut Rafique, persoalan itu menjadi lebih penting kerana Negeri Sembilan kini berdepan pertikaian berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar serta beberapa isu perlembagaan negeri.

Beliau menegaskan, kedudukan siapa yang sah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak sepatutnya ditentukan melalui tindakan penguatkuasaan di lapangan.

Sebaliknya, katanya, perkara itu perlu diputuskan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta proses perlembagaan yang sah.

“Siapa Yang Dipertuan Besar yang sah bukan untuk diputuskan oleh anggota polis dalam sekatan jalan raya. Ia juga bukan untuk diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri melalui kuasa pentadbiran,” katanya.

Rafique turut merujuk Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang menurutnya memberikan jaminan Persekutuan terhadap hak perlembagaan Raja-Raja dan, dengan pengubahsuaian yang perlu, Ruling Chiefs Negeri Sembilan atau Undang Luak.

Sehubungan itu, beliau berkata, institusi Persekutuan perlu memastikan sebarang tindakan dalam kemelut berkenaan dilihat berkecuali serta mempunyai asas undang-undang yang jelas.

“Adakah PDRM diarahkan semata-mata menjaga keselamatan, atau tindakan penguatkuasaan telah mempunyai kesan menentukan pihak mana dalam pertikaian perlembagaan Negeri Sembilan yang boleh menjalankan urusan mereka? Perbezaannya sangat besar,” katanya.

Beliau pada masa sama merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diputuskan tidak berperlembagaan, sambil menegaskan hak berhimpun secara aman bukan sesuatu yang diberikan oleh polis.

Namun, isu tersebut perlu dibezakan daripada persoalan kesahan tindakan keselamatan dalam kes semasa kerana keputusan berkenaan tidak dengan sendirinya menentukan sama ada sesuatu tindakan keselamatan tertentu adalah sah atau sebaliknya.

Beliau berkata, penjelasan terbuka daripada pihak berkuasa bukan bertujuan mencabar kewibawaan polis, sebaliknya penting untuk mempertahankan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Ini bukan kerana kita mahu mencabar polis, tetapi kerana kita mahu mempertahankan polis sebagai sebuah institusi yang dihormati.

“Dalam negara berperlembagaan, bukan rakyat saja yang mesti mematuhi undang-undang. Mereka yang memegang kuasa juga wajib mematuhinya,” katanya.

Pembatalan pertemuan itu berlaku ketika kemelut berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terus menjadi perhatian, termasuk pertikaian mengenai kedudukan barisan Exco negeri.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum ini membatalkan pelantikan 10 anggota Exco, manakala Ismail menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *