Pengampunan Bersyarat Najib: Antara Kuasa Perlembagaan, Tanggungjawab Kerajaan dan Persoalan Rakyat

KUALA LUMPUR – Keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah perkembangan politik dan perlembagaan yang besar.

Ia bukan sekadar berkaitan dengan nasib seorang bekas pemimpin negara yang sedang menjalani hukuman, tetapi turut menyentuh persoalan mengenai kuasa perlembagaan, peranan kerajaan, institusi Raja Berperlembagaan, prinsip kedaulatan undang-undang dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Dalam konteks itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil menjelaskan, keputusan pengampunan bersyarat itu tidak wajar dikaitkan secara langsung sebagai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Harapan (PH), sebaliknya perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan, bukan dalam kerangka politik kepartian.

Beliau menegaskan, kuasa pengampunan adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Justeru, katanya, keputusan itu perlu dihormati dan tidak sepatutnya digambarkan seolah ia merupakan keputusan politik Perdana Menteri atau PH.

“Dari sudut prinsip perlembagaan, perkara itu perlu dibezakan dengan jelas. Pengampunan bukanlah mekanisme yang sama dengan keputusan kerajaan atau dasar parti politik. Ia adalah satu kuasa yang mempunyai asas perlembagaan tersendiri.

“Oleh itu, apabila keputusan telah dibuat melalui proses yang ditetapkan, ia tidak tepat untuk menyederhanakan keseluruhan isu kepada naratif “kerajaan Anwar memberikan pengampunan kepada Najib”, seolah keputusan itu dibuat secara unilateral oleh Perdana Menteri.

“Namun, pada masa sama, terdapat satu lagi persoalan yang tidak boleh diketepikan,” katanya dalam kenyataan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mengakui kuasa pengampunan berada dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak bermaksud semua persoalan mengenai proses tersebut secara automatik selesai.

Ujar Fadhlina, rakyat masih mempunyai kepentingan untuk mengetahui bagaimana proses itu berlangsung, siapakah memberikan nasihat, apakah peranan kerajaan dan asas kepada keputusan dibuat, tertakluk kepada apa yang boleh didedahkan menurut undang-undang.

“Di sinilah letaknya perbezaan antara menghormati keputusan dengan memahami proses keputusan. Kedua-duanya tidak bercanggah.

“Seseorang boleh menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan pada masa sama meminta penjelasan mengenai proses pentadbiran serta peranan pihak-pihak yang terlibat.

“Begitu juga seseorang boleh menerima hakikat kuasa pengampunan berada dalam kerangka Perlembagaan tanpa perlu menganggap semua persoalan politik yang timbul selepas keputusan itu tidak lagi relevan,” ujarnya.

Malah, kata beliau, semakin besar sesuatu keputusan kepada kepentingan awam, semakin besar keperluan untuk memastikan penerangan kepada rakyat dibuat secara jelas dan berasaskan fakta.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *