Atlet Australia mohon maaf, tarik balik kemenangan selepas insiden di Beijing

BEIJING – Seorang atlet Australia, Joanna Wietrzyk, memohon maaf dan mengumumkan penarikan semula kemenangannya selepas tercetus kontroversi susulan insiden (terkeluar najis) yang berlaku ketika pertandingan kecergasan Hyrox di Beijing pada Sabtu lalu.

Wietrzyk berkata, beliau kesal kerana memilih untuk meneruskan perlumbaan walaupun berdepan masalah kesihatan yang tidak dijangka sepanjang saingan tersebut.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau menyampaikan permohonan maaf kepada peserta lain, penonton, penganjur dan rakyat China yang terkesan dengan insiden berkenaan.

“Saya mengakui tindakan saya memberi kesan kepada orang lain dan saya benar-benar kesal. Apabila mengimbas semula kejadian itu, saya sepatutnya membuat keputusan berbeza dan meninggalkan perlumbaan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau menjelaskan, dirinya berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan bermula dan tidak menjangkakan sebarang masalah kesihatan akan berlaku ketika bertanding.

Susulan kritikan yang diterima, Wietrzyk memutuskan untuk melepaskan kemenangan diraihnya dalam acara tersebut.

Insiden itu mendapat perhatian meluas selepas rakaman perlumbaan tular di media sosial, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai aspek kebersihan serta pelaksanaan prosedur keselamatan oleh pihak penganjur.

Pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste, turut memohon maaf terhadap cara situasi itu dikendalikan dan berjanji menambah baik proses pengurusan acara bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam kenyataan berasingan, Hyrox menjelaskan organisasi itu mempunyai prosedur kesihatan dan keselamatan yang jelas, namun mengakui berlaku kekeliruan dalam pelaksanaan protokol ketika insiden berkenaan.

Pada masa sama, penganjur mengingatkan orang ramai supaya tidak mengganggu atau mengugut atlet tersebut susulan penyebaran identitinya di media sosial.

Hyrox menegaskan tiada tempat untuk sebarang bentuk gangguan atau ancaman terhadap atlet dalam komuniti sukan itu.

Hyrox ialah pertandingan kecergasan yang menggabungkan larian dengan beberapa cabaran fizikal seperti menolak beban, lompat burpee, mendayung dan berjalan sambil membawa beban. Sukan itu semakin mendapat perhatian di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Hamburg, Jerman pada 2017.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *