Kapal tenggelam di Laut Jawa: Tiga lagi mayat ditemukan

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan pada Jumaat menemukan tiga lagi mayat dalam sebuah kapal yang terbalik dan tenggelam di Laut Jawa, menjadikan angka kematian sembilan orang pada hari keenam operasi pencarian, menurut Tentera Laut Indonesia, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Laut Indonesia Laksamana Pertama Tunggul berkata, penyelam tentera laut memasuki kapal yang karam itu dan menemukan mayat dua lelaki serta seorang wanita.

Penyelam turut menemukan 210 barangan dari dalam dan sekitar bangkai kapal itu yang akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia untuk siasatan, kata Komander Pangkalan Tentera Laut Indonesia di Banjarmasin Galih Nurna Putra.

Virgo Transport 8 membawa 243 orang dari Surabaya di wilayah Jawa Timur menuju ke Banjarmasin apabila kapal itu terbalik akibat cuaca buruk pada awal Ahad.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut data rasmi terkini, 108 orang berjaya diselamatkan, sembilan disahkan maut manakala 126 lagi masih hilang. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *