PRN Melaka: MCMC ingatkan pengguna media sosial elak sentuh isu 3R

MELAKA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang bagi memastikan pengguna tidak menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemantauan itu sebahagian daripada fungsi MCMC sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia, selain bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain sekiranya terdapat keperluan.

“MCMC sebagai pengawal selia akan selalu pantau kandungan di media sosial. Pesanan kami kepada semua pengguna, jangan sentuh isu 3R.

“Semua pihak berhak untuk berkempen, tetapi lakukanlah secara demokratik dan tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, MCMC mempunyai pasukan sedia ada yang memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh berkempen.

“Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan pemantauan,” katanya. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember ini. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *