37 Murid Dari Kedah Tempuhi Perjalanan Lebih 400KM Menerokai Pendidikan STEM Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Perjalanan lebih 400 kilometer dari Sungai Petani, Kedah tidak menghalang 37 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Khir Johari bersama tujuh guru pengiring ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lebih dekat dengan dunia sebenar.

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menjadi antara destinasi singgahan delegasi cilik ini sebagai persediaan mereka menghadapi pertandingan STEM peringkat kebangsaan di ibu kota.

Guru pengiring, Sheikh Mohd Faisol Sheikh Fauzi berkata, kunjungan ke PSKT memberi kelebihan kepada muridnya kerana pendekatan pembelajaran yang digunakan lebih bersifat amali, sekali gus membantu mereka memahami konsep STEM dengan lebih jelas.

“PSKT memberi kelainan berbanding lain-lain pusat sains yang ada di mana-mana negeri termasuk yang terletak di Alor Setar untuk memberi pendekatan secara amali atau praktikal secara terus yang lebih sesuai diterjemahkan kepada peringkat usia murid.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pendekatan ini memberi kelebihan untuk mereka yang kini dalam persediaan untuk satu pertandingan STEM peringkat kebangsaan minggu depan,” ujar Sheikh Mohd Faisol yang juga merupakan guru bagi mata pelajaran bahasa Cina di sekolah itu.

Tambahnya lagi, faktor kemudahan dan fasiliti termasuk kawasan meletak kenderaan yang luas turut menjadi pilihan untuk mereka yang hadir secara rombongan dengan bas disewa khas.

Mengulas lanjut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, menzahirkan rasa teruja melihat kesungguhan murid dari Sungai Petani ini sanggup menempuhi perjalanan jauh semata-mata untuk hadir ke PSKT ini.

“Umumnya hanya sewaktu musim cuti sekolah kami menerima kehadiran pelawat dari jauh, namun kali ini sewaktu hari persekolahan kami juga turut menerima kehadiran murid sekolah yang sanggup menempuhi perjalanan jauh dari Kedah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kami tidak melihat ianya satu kredit atau pencapaian untuk PSKT, malah seharusnya pujian perlu diberikan kepada mereka di atas kesungguhan untuk hadir di sini yang merupakan serampang dua mata untuk persediaan ke pertandingan STEM peringkat kebangsaan nanti,” ujar beliau.

Rombongan sekolah itu akan pulang ke Sungai Petani selepas selesai program tiga hari dua malam di Kuala Terengganu sebelum membuat persediaan akhir bagi menyertai Walnut EduTech Championship (WEC 2026) di Petaling Jaya, Selangor pada 26 September ini.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *