KUALA LUMPUR – MN Holdings Berhad (MN Holdings), mengumumkan prestasi kewangan yang kukuh untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (TK2026) dengan keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 92 peratus tahun ke tahun kepada RM92.47 juta, daripada RM48.23 juta pada tahun kewangan sebelumnya (TK2025).
Manakala hasil untuk TK2026 meningkat 61 peratus tahun ke tahun kepada RM869.19 juta, berbanding RM540.45 juta pada TK2025.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh segmen kejuruteraan pencawang Kumpulan, yang mencatatkan hasil sebanyak RM766.46 juta, lebih dua kali ganda daripada RM360.38 juta yang dicatatkan pada TK2025.
Segmen ini menyumbang kira-kira 88 peratusndaripada jumlah hasil Kumpulan untuk TK2026, manakala kejuruteraan utiliti bawah tanah menyumbang baki 12 peratus.
Prestasi suku tahunan yang lebih baik didorong terutamanya oleh segmen kejuruteraan pencawang, yang mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 24 peratus YoY kepada RM180.22 juta, disokong oleh kemajuan kerja yang lebih tinggi dan peningkatan aktiviti projek merentasi beberapa projek yang sedang berjalan.
Segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah menyumbang RM31.25 juta sepanjang suku tersebut.
Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh berkata, TK2026 menandakan satu lagi tahun pertumbuhan untuk MN Holdings, disokong oleh kemajuan dan pelaksanaan projek-projek yang berterusan.
“Peningkatan sumbangan yang ketara daripada segmen kejuruteraan pencawang kami mencerminkan tahap aktiviti projek yang lebih tinggi sepanjang tahun, terutamanya apabila kami terus melaksanakan portfolio projek berkaitan infrastruktur kuasa kami,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Beliau menambah, pelaburan berterusan Malaysia dalam infrastruktur kuasa, ditambah pula dengan peningkatan keperluan elektrik daripada pusat data dan industri berteknologi tinggi, menyediakan persekitaran operasi yang menyokong untuk Kumpulan.
“Pada masa sama, kami terus melihat peluang merentasi utiliti bawah tanah dan infrastruktur air, yang melengkapi keupayaan kami yang sedia ada,” ujarnya.
Sehingga 30 Jun 2026, buku pesanan Kumpulan berjumlah kira-kira RM1.64 bilion, menyokong pelaksanaan projek dan prospek pendapatan Kumpulan sepanjang tahun kewangan akan datang.
Buku pesanan terdiri daripada projek merentasi bidang kepakaran utama Kumpulan, termasuk infrastruktur kuasa, kerja berkaitan pusat data, tenaga boleh diperbaharui, utiliti bawah tanah dan segmen infrastruktur lain.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
