RUU Kebebasan Maklumat mesti beri hak rakyat tahu, bukan sekadar prosedur

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat 2026 perlu menjamin hak rakyat mendapatkan maklumat kerajaan secara bermakna, bukan sekadar mewujudkan prosedur pentadbiran yang masih terikat dengan budaya kerahsiaan, kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.

Beliau berkata, penilaian antarabangsa yang memberikan RUU berkenaan hanya 47 daripada 150 markah menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan undang-undang itu sekiranya diluluskan dalam bentuk semasa.

Menurutnya, kedudukan itu berisiko menjadikan Malaysia mempunyai antara undang-undang kebebasan maklumat yang lemah, sekali gus tidak selari dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh reformasi institusi, ketelusan dan tatakelola.

“MCW menegaskan RUU Kebebasan Maklumat 2026 mesti menjamin hak rakyat memperoleh maklumat kerajaan, bukannya sekadar mewujudkan prosedur pentadbiran yang terus dibatasi oleh budaya kerahsiaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jika dibiarkan dalam bentuk semasa, Malaysia berisiko mempunyai antara undang-undang kebebasan maklumat paling lemah di dunia,” katanya dalam kenyataan.

Jais berkata, Fasal 22 yang didakwa menafikan kebebasan maklumat sebagai sebahagian daripada kebebasan asasi perlu digugurkan atau dipinda secara menyeluruh bagi memastikan hak mendapatkan maklumat benar-benar dilindungi.

Katanya, pengecualian yang terlalu luas, ketiadaan ujian kemudaratan serta kelemahan perlindungan kepentingan awam berpotensi menjadikan undang-undang itu tidak berkesan.

“Lebih membimbangkan, kedudukan Akta Rahsia Rasmi 1972 masih membolehkan terlalu banyak dokumen kerajaan dilindungi daripada penelitian awam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Ini termasuk maklumat berkaitan perolehan, pemberian kontrak, konsesi, perbelanjaan awam, laporan audit dan keputusan yang melibatkan kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata, prinsip ketelusan perlu menjadi asas dalam pentadbiran kerajaan kerana maklumat yang dihasilkan dan disimpan kerajaan bukan hak eksklusif pentadbiran, sebaliknya merupakan amanah yang dipegang bagi pihak rakyat.

“Kerajaan yang bersih tidak perlu takut kepada ketelusan. Maklumat awam bukan milik eksklusif pentadbiran, tetapi amanah yang dipegang bagi pihak rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Jais menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menjalankan penelitian terhadap RUU berkenaan secara terbuka dan dwipartisan dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, penglibatan masyarakat sivil, pengamal media, ahli akademik serta badan profesional penting bagi memastikan undang-undang yang bakal diperkenalkan benar-benar memenuhi keperluan rakyat.

MCW turut mencadangkan beberapa prinsip utama dimasukkan dalam RUU berkenaan, termasuk prinsip pendedahan maksimum, ujian kemudaratan, pengecualian berasaskan kepentingan awam, pendedahan maklumat secara proaktif serta mekanisme rayuan melalui Suruhanjaya Maklumat yang benar-benar bebas.

Jais berkata, akses kepada maklumat kerajaan bukan sekadar isu pentadbiran, sebaliknya mempunyai kaitan langsung dengan usaha membanteras rasuah dan memastikan kerajaan dapat dipertanggungjawabkan.

“Kebebasan maklumat ialah benteng pencegahan rasuah. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui, bukan sekadar hak untuk memohon dan kemudian ditolak,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *