Pelajar wanita maut dipercayai dicekik teman lelaki

KUANTAN – Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut di sebuah rumah di Air Putih di sini, awal pagi tadi, dipercayai selepas bertengkar dengan teman lelakinya.

Dalam kejadian jam 4.32 pagi itu, suspek yang juga berusia 19 tahun menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian sebelum ditahan di lokasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Suspek ditahan di tempat kejadian. Siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara suspek dan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Katanya, polis turut akan merakam percakapan saksi serta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *