PN tentukan kerjasama PRN Melaka selepas penamaan calon

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) hanya akan memutuskan bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua parti ketika ini masih menunggu keputusan SPR yang dijadual mengumumkan tarikh penting PRN Melaka pada 7 Oktober ini.

“Saya tak akan ulas sekarang. Kita tunggu pada 7 haribulan ini, selepas SPR membuat pengumuman penamaan calon.

“Saya rasa semua parti pun sedang menunggu tarikh yang akan diumumkan oleh SPR kelak,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2026 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mengulas pembahagian kerusi, Ahmad Samsuri berkata perkara itu masih dalam rundingan dan memerlukan satu formula yang dipersetujui pihak terbabit.

Menurutnya, sekiranya prinsip status quo digunakan sebagai asas pembahagian, ia perlu mengambil kira kedudukan kerusi di peringkat negeri selain kerusi Parlimen yang dimenangi parti-parti terbabit.

“Perbincangan itu kena ada formula macam mana. Kalau formula itu adalah status quo, saya rasa ia haruslah mengambil kira status quo di peringkat negeri dan status quo juga di peringkat Persekutuan ataupun kerusi-kerusi Parlimen.

“Barulah kita mempunyai formula yang tetap untuk diambil kira dalam perbincangan kerusi dengan mana-mana pihak pun,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mengenai penggunaan logo PN pada PRN Melaka, Ahmad Samsuri berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Katanya, PN sebelum ini sudah mengemukakan surat kepada ROS yang secara khusus mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan logo gabungan itu dalam pilihan raya di Melaka.

“Mungkin ROS juga menunggu tarikh PRN Melaka, jadi kita tunggu maklum balas daripada ROS dahulu,” katanya.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16. SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober bagi menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *