'Ini kerajaan lembu kenyang' gamatkan Dewan Rakyat

RCI Tabung Haji: Radzi Jidin jelaskan sebab Ahli Parlimen BERSATU kekal dalam Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin menjelaskan keputusan beliau dan Ahli Parlimen BERSATU untuk kekal berada dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji pada 11 Ogos lalu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana format Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang menyaksikan Menteri memberikan penerangan berhubung laporan berkenaan sebenarnya sudah dinyatakan lebih awal dalam surat rasmi yang diterima daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR).

Radzi berkata, surat bertarikh 30 Julai 2026 itu memaklumkan, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada Selasa, 11 Ogos 2026, dengan urusan mesyuarat ditetapkan sebagai penerangan daripada Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berhubung Laporan RCI Tabung Haji.

Beliau berkata, surat sama turut menyatakan Speaker Dewan Rakyat membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan serta memberikan pandangan terhadap penerangan yang disampaikan Menteri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, Radzi berpandangan dakwaan format Mesyuarat Khas berkenaan secara tiba-tiba ditukar menjadi sesi penerangan Menteri sahaja tidak sepatutnya timbul kerana perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi melalui surat SUDR yang diterima sebelum persidangan berlangsung.

“Cerita tiba-tiba format mesyuarat khas ditukar jadi sesi penerangan Menteri tidak seharusnya timbul kerana perkara tersebut telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar oleh SUDR bertarikh 30 Julai 2026,” katanya.

Bagaimanapun, Radzi berkata, BERSATU berpandangan tempoh satu hari yang diperuntukkan untuk membincangkan isu berkaitan RCI Tabung Haji adalah terlalu singkat, mengambil kira kepentingan serta keluasan perkara yang terkandung dalam laporan berkenaan.

Katanya, beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen bagi memohon supaya sesi tersebut dilanjutkan sekurang-kurangnya kepada dua hari.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Namun, katanya, tempoh persidangan akhirnya kekal sehari, walaupun waktu rehat ditiadakan bagi membolehkan lebih banyak masa diperuntukkan untuk urusan berkaitan laporan berkenaan.

Menurut Radzi, bagi Ahli Parlimen BERSATU, peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, mendapatkan penjelasan daripada kerajaan serta mengemukakan pandangan berhubung isu Tabung Haji adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

“Atas sebab itu, saya bersama rakan-rakan Ahli Parlimen BERSATU membuat persediaan rapi sebelum menghadiri sesi berkenaan.

“Setiap daripada kami membaca Laporan RCI Tabung Haji dengan teliti. Kami adakan sesi perbincangan untuk meneliti perkara-perkara utama yang hendak disentuh. Fakta-fakta yang ada juga disemak,” katanya.

Radzi berkata, penelitian terhadap laporan RCI itu bukan semata-mata bertujuan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kelemahan atau salah laku yang dikenal pasti.

Sebaliknya, kata beliau, perbahasan berhubung laporan tersebut perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, khususnya untuk memastikan kelemahan dalam aspek tadbir urus, pengawasan dan kawal selia institusi yang menguruskan dana rakyat tidak berulang.

“Perbahasan RCI Tabung Haji sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan lebih menyeluruh terhadap sistem kawal selia institusi yang mengumpul, mengurus dan menjaga kepentingan dana rakyat.

“Usaha memperkukuh tadbir urus tidak wajar terhad kepada Tabung Haji sahaja, sebaliknya perlu turut melibatkan institusi lain yang mengurus dana awam dan simpanan rakyat.

“Antaranya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Radzi menegaskan, isu berkaitan pengurusan dana rakyat memerlukan perhatian serius kerana ia melibatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang dipertanggungjawabkan mengurus kepentingan kewangan mereka.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *