Untung kasar suku kedua Tex Cycle meningkat 25 peratus

KUALA LUMPUR – Tex Cycle Technology (M) Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.3 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 25 peratus daripada RM3.4 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan keuntungan itu didorong terutamanya oleh permintaan jualan lebih tinggi daripada bahagian pemulihan dan kitar semula, selain sumbangan Meridian World Sdn Bhd (Meridian), menurut kenyataan media syarikat.

Dalam tempoh sama, hasil kumpulan melonjak 180 peratus kepada RM24.1 juta berbanding RM8.6 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025, manakala keuntungan bagi tempoh berkenaan berjumlah RM3.1 juta dengan pendapatan asas sesaham sebanyak 1.16 sen.

Bahagian pemulihan dan kitar semula kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama Tex Cycle apabila pendapatannya melonjak 322 peratus tahun ke tahun kepada RM22.4 juta daripada RM5.3 juta, disokong permintaan jualan lebih kukuh serta sumbangan Meridian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, bahagian tenaga boleh diperbaharui menjana pendapatan RM1.2 juta pada suku berkenaan menerusi sumbangan loji Tarif Suapan Suria dan projek Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat atau CREPPA.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass Anthony Francis, berkata kumpulan berasa terdorong dengan momentum prestasi yang dicatatkan apabila hasil dan keuntungan sebelum cukai meningkat berbanding tahun lalu serta suku sebelumnya.

“Pertumbuhan ketara bahagian pemulihan dan kitar semula kami, bersama-sama dengan sumbangan Meridian, menunjukkan kekuatan platform kami yang diperluas dan mengukuhkan keyakinan kami terhadap peluang pertumbuhan di hadapan,” katanya.

Bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2026, Tex Cycle merekodkan hasil RM44.8 juta, meningkat kira-kira 155 peratus daripada RM17.5 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya, manakala keuntungan sebelum cukai bertambah kira-kira 38 peratus kepada RM8.2 juta daripada RM6 juta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Keuntungan bagi tempoh enam bulan itu turut meningkat kepada RM6.6 juta daripada RM5.1 juta, menunjukkan pertumbuhan kumpulan bukan hanya tertumpu pada prestasi satu suku.

Gary berkata Tex Cycle kini mempercepat pengembangan dalam beberapa bidang pertumbuhan, termasuk pemprosesan dan pengeluaran hasil sampingan sisa bernilai tinggi menerusi Meridian, BiobiN serta pengeluaran kompos bagi rawatan dan pemulihan sisa organik.

“Kami turut memperluaskan keupayaan rawatan sisa minyak dan gas di kemudahan Telok Gong kami.

Bersama-sama kerjasama strategik seperti Anggun Kitar Resources, kami sedang meluaskan keupayaan Tex Cycle untuk merebut pelbagai peluang merentasi rantaian nilai penyelesaian alam sekitar,” katanya.

Tex Cycle juga merancang memanfaatkan secara berperingkat sinergi pengurusan sisa terjadual antara Tex Cycle (P2) Sdn Bhd dan Meridian bagi memperluaskan penawaran perkhidmatan, membangunkan penyelesaian nilai tambah serta menembusi segmen pelanggan baharu dan sedia ada.

Anak syarikatnya, Tex Cycle (P2), turut memeterai perjanjian kerjasama dengan Anggun Kitar Resources Sdn Bhd pada 7 Julai lalu bagi memperluaskan keupayaan mengurus pelbagai sisa terjadual.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *