KUALA LUMPUR – Kegiatan ahlong menerusi aplikasi pinjaman semakin membimbangkan apabila lebih 200 kes dilaporkan setiap hari di seluruh negara, dengan sindiket terbabit berselindung di sebalik media sosial tanpa identiti yang jelas.
Puluhan aplikasi pinjaman dipercayai menanti mangsa setiap hari, khususnya individu yang terdesak memerlukan wang dan berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.
Kemudahan serta proses permohonan yang pantas menerusi aplikasi menyebabkan tawaran pinjaman berkenaan menjadi pilihan sesetengah peminjam, walaupun mereka berisiko terjerat dengan kegiatan ceti haram.
Pengarah Biro Aduan dan Ceti Haram (Banteras), Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (PANJI), Azman Kang Abdullah berkata, kegiatan ahlong menerusi aplikasi menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lalu.
Katanya, keadaan itu menjadikan ahlong yang beroperasi menerusi aplikasi lebih agresif berbanding ceti haram dari Singapura yang dilaporkan mengancam mangsa, terutama di Johor, sejak kebelakangan ini.
“Rekod kita mendapati terlalu banyak kes daripada along aplikasi, di mana mereka menawarkan pinjaman menerusi aplikasi tanpa sebarang maklumat berkaitan.
“Setiap hari peminjam akan menerima ugutan. Mereka juga terpedaya kerana menyangka ahlong itu pemberi pinjam wang berlesen,” katanya.
Azman berkata, keadaan itu turut menyukarkan perunding ceti haram untuk membantu mangsa kerana identiti serta lokasi sindiket terbabit sukar dikenal pasti.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Katanya, kebanyakan aplikasi berkenaan tidak menyediakan maklumat lengkap seperti nombor telefon atau alamat, manakala komunikasi dengan mangsa pula berlaku secara sehala.
“Tiada maklumat seperti nombor telefon serta alamat. Komunikasi antara pengadu juga seperti sehala.
“Sebagai perunding, sukar untuk kami bantu kerana mereka ini tidak dikenali, hanya berselindung di sebalik aplikasi,” katanya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
