MCW: Pendakwaan Bekas Perdana Menteri Bukti Tiada Individu Mengatasi Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi satu lagi ujian penting terhadap prinsip kedaulatan undang-undang di negara ini.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, kedudukan atau latar belakang seseorang individu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada proses keadilan, sama ada membabitkan bekas pemimpin negara, menteri, penjawat awam atau rakyat biasa.

Beliau berkata demikian susulan laporan Ismail Sabri dijadualkan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dilaporkan berkaitan siasatan mengenai pengisytiharan aset beliau.

Menurut Jais, tindakan pendakwaan tersebut mencerminkan kepentingan prinsip setiap individu tertakluk kepada undang-undang yang sama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tiada siapa mengatasi undang-undang. Integriti bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada masa depan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, MCW turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati prinsip undang-undang bahawa seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Jais berkata, sebarang bentuk spekulasi, prejudis atau perbicaraan melalui media perlu dielakkan kerana ia boleh menjejaskan proses kehakiman yang sedang berjalan.

Beliau menyeru agar SPRM meneruskan siasatan secara profesional, bebas dan tanpa campur tangan mana-mana pihak, manakala Jabatan Peguam Negara memastikan sebarang tindakan pendakwaan dibuat berdasarkan bukti yang kukuh.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selain itu, MCW turut menggesa supaya mahkamah diberikan ruang sepenuhnya untuk menjalankan prosiding secara bebas dan telus tanpa sebarang tekanan atau pengaruh luar.

Dalam pada itu, Jais berkata, kes berprofil tinggi seperti ini menunjukkan keperluan untuk Malaysia meneruskan reformasi institusi secara menyeluruh.

Antara pembaharuan yang perlu diberi perhatian, katanya, termasuk pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengukuhan kebebasan institusi penguatkuasaan, pengenalan Akta Pembiayaan Politik, perlindungan pemberi maklumat yang lebih berkesan serta mekanisme pengisytiharan aset yang lebih telus dan boleh diaudit.

Menurut beliau, reformasi tersebut penting bagi meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap sistem tadbir urus negara.

MCW berharap prosiding mahkamah berkaitan kes itu dapat berlangsung secara adil, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Katanya, apa juga keputusan yang dibuat mahkamah kelak perlu dihormati sebagai satu manifestasi kedaulatan undang-undang.

“Malaysia hanya mampu membina keyakinan rakyat dan pelabur apabila sistem keadilannya dilihat benar-benar bebas, telus dan berintegriti,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *