KUALA LUMPUR – MN Holdings Bhd. mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan pemindahan penyenaraian dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd. (Bursa Securities).
Pakar utiliti infrastruktur, pembinaan dan penyelesaian kejuruteraan itu berkata, kelulusan telah diberikan oleh SC dalam surat bertarikh 16 Julai lalu.
Pemindahan dicadangkan itu masih tertakluk kepada pemenuhan keperluan dan kelulusan kawal selia yang selebihnya, termasuk daripada Bursa Malaysia Securities.
Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh berkata, pemindahan dicadangkan ke Pasaran Utama akan menandakan satu peristiwa penting bagi MN Holdings, mencerminkan kemajuan syarikat sejak penyenaraian di Pasaran ACE.
“Platform Pasaran Utama akan mengukuhkan lagi keterlihatan dan kredibiliti kami di kalangan pelanggan, rakan niaga dan pelabur.
“Lebih penting lagi, ia meletakkan MN Holdings dalam kedudukan lebih kukuh untuk merebut peluang yang timbul daripada pelaburan berterusan Malaysia dalam infrastruktur kuasa, pusat data, tenaga boleh diperbaharui, air, gas dan pembangunan berkaitan utiliti,” katanya.
Beliau menambah, syarikat itu telah mengukuhkan prestasi kewangannya, mengembangkan portfolio projeknya dan meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek infrastruktur kuasa dan utiliti kritikal selama ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
