Jenazah suami Nancy Shukri selamat dikebumikan di Kuching

KUCHING – Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pada 5.15 petang tadi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengebumian Allahyarham yang dihadiri kira-kira 100 orang, terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.50 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman keluarga bagi solat jenazah.

Semalam, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada usia 65 tahun. 

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga orang anak. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *