Durian Kampung Meranto Laris Dijual

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Buat julung kalinya, Faisal Md. Yusoff dari Kampung Meranto, Gua Musang membawa raja buah untuk dijual di Kampung Gual To’ Deh, dekat sini.

Sambutan diterima amat menggalakkan apabila penduduk kampung tidak melepaskan peluang membeli durian kampung yang terkenal dengan rasa enak serta harga berpatutan itu.

Menurut Faisal, beliau membawa hampir 150 kilogram buah durian kampung untuk jualan sulung tersebut.

Namun, bekalan itu berjaya dijual dalam tempoh hampir dua jam hasil sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat.

Seorang penduduk, Hindun Jusoh berkata, beliau tidak melepaskan peluang mendapatkan durian tersebut kerana pernah menikmatinya dari Kampung Meranto sebelum ini.

“Durian dari Kampung Meranto memang sedap. Isinya comel, lemak manis dan sangat memuaskan,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Faisal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang membeli dan memberi sokongan terhadap jualan pertamanya di Kampung Gual To’ Deh.

Beliau berharap dapat membawa lagi bekalan durian Kampung Meranto pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin menggemari raja buah itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *