Korea Utara kecam kelulusan jualan peluru berpandu AS kepada Korea Selatan

SEOUL – Kementerian Luar Korea Utara mengecam keputusan Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara canggih dan peralatan berkaitan kepada Korea Selatan.

Beliau turut memberi amaran bahawa langkah itu akan memburukkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea, menurut laporan media rasmi KCNA, hari ini.

Ketua Pengarah Dasar Luar kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan KCNA berkata, kerjasama ketenteraan antara Washington dan Seoul sedang diperkukuhkan secara sistematik meskipun wujud kebimbangan antarabangsa terhadap peningkatan ketegangan di dalam dan sekitar Semenanjung Korea.

Pegawai itu merujuk kepada kelulusan Jabatan Negara AS terhadap penjualan ketenteraan asing bernilai hampir AS$300 juta (RM1.27 bilion) yang membabitkan peluru berpandu udara-ke-udara canggih serta peralatan berkaitan kepada Korea Selatan sebagai contoh terbaharu.

“Eksport senjata AS adalah eksport peperangan,” katanya sambil menegaskan bahawa Korea Utara akan terus memperkukuh keupayaan pencegahan pertahanan diri bagi mengekalkan keseimbangan kuasa di rantau itu.

Korea Utara secara konsisten mengkritik kerjasama ketenteraan antara AS dan Korea Selatan dengan mendakwa ia adalah persiapan untuk peperangan. – Reuters

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *