Pendidikan perlu ada kesalingan antara sains tulen dan sastera - Zambry

KPT Siasat Isu Teater Kontroversi UM

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan penjelasan daripada Universiti Malaya (UM) berhubung kontroversi pementasan teater didakwa berunsur kurang sopan yang tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya telah meneliti rakaman video berkenaan, namun enggan mengulas lanjut sehingga maklumat lengkap diperoleh daripada pihak universiti.

Terdahulu, tular satu video memaparkan adegan intim antara lelaki dan wanita di atas pentas yang dipercayai sebahagian daripada pementasan teater di UM, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, UM memaklumkan persembahan tersebut didapati melanggar etika universiti kerana tidak mematuhi skrip asal yang telah diluluskan, selain bertentangan dengan garis panduan ketat yang melarang unsur negatif dan provokatif.

Menurut universiti berkenaan, hasil siasatan mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan kandungan yang telah ditapis sebelum ini, sekali gus dianggap sebagai pelanggaran syarat pertandingan.

Sehubungan itu, UM memohon maaf atas kejadian tersebut dan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran peraturan, selain mengambil tindakan susulan bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Pada masa sama, KPT memberi jaminan akan meneliti isu tersebut secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.  

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *