Lapan terkorban, puluhan cedera serangan terbaharu Israel di Lubnan

Olahan Siti Khadijah Manudin

Sekurang-kurangnya lapan individu dilaporkan maut, manakala 55 lagi cedera dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa lokasi di Lubnan, termasuk kawasan pinggir selatan Beirut serta timur laut ibu negara itu.

Di kawasan Jnah sahaja, serangan tersebut meragut lima nyawa termasuk seorang remaja perempuan, selain menyebabkan puluhan mangsa lain cedera, termasuk kanak-kanak.

Dalam satu lagi serangan berasingan di Ain Saadeh, tiga orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tentera udara Israel dilaporkan melancarkan beberapa siri serangan ke atas beberapa kawasan di sekitar Beirut sejak pagi, ketika konflik antara Israel dan Hezbollah terus memuncak walaupun gencatan senjata pernah dipersetujui sebelum ini.

Sejak awal Mac, jumlah korban akibat serangan di Lubnan telah meningkat dengan ketara, mencerminkan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di rantau tersebut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *