Olahan Siti Khadijah Manudin
Pergerakan kapal di Selat Hormuz menunjukkan tanda pemulihan apabila sebanyak 15 kapal berjaya melalui laluan strategik itu dalam tempoh 24 jam, selepas memperoleh kebenaran daripada pihak Iran di tengah ketegangan yang masih berlanjutan di rantau berkenaan.
Sebelum ini, laluan penting tersebut mengalami gangguan ketara apabila jumlah pergerakan kapal merosot sehingga kira-kira 90 peratus susulan faktor keselamatan yang tidak menentu.
Walaupun kini dibuka semula secara terhad, pergerakan kapal masih dikawal rapi dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Iran.
Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak global, dan sebarang gangguan di kawasan itu memberi kesan besar kepada ekonomi dunia. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
Alhamdulillah.Semoga dunia kambali aman