MCMC Siasat Lima Individu Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Harga Minyak

Olahan Siti Khadijah Manudin

PUTRAJAYA – Lima inividu dipercayai menyebarkan bertidak tidak benar berhubung kenaikan harga petrol dan diesel dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Mereka dipercayai menyebarkan berita palsu itu melalui platform media sosial Threads.

Menurut kenyataan MCMC, tiga daripada mereka telah dirakam keterangan bagi membantu proses siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati maklumat yang dikongsikan adalah tidak tepat, bersifat mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kegusaran dalam kalangan orang awam.

Pada masa sama, Buletin TV3 menafikan penglibatan dalam penyebaran kandungan tersebut, yang dikesan menggunakan elemen identiti visual mereka tanpa kebenaran.

MCMC turut memaklumkan, pihaknya menerima aduan rasmi daripada Buletin TV3, yang menegaskan bahan tular itu bukan diterbitkan oleh mereka, sebaliknya dihasilkan oleh pihak luar.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, MCMC menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu, sambil mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan platform komunikasi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *