Konflik Asia Barat Dijangka Ambil Tempoh Panjang Untuk Pulih — PM Anwar

Olahan Siti Khadijah Manudin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menjangkakan ketegangan di Asia Barat mengambil masa lama untuk reda sepenuhnya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang stabil untuk berdepan dengan kesan daripada situasi tersebut.

Kata beliau, pergolakan itu telah mengganggu rantaian bekalan di peringkat global, terutama dalam sektor tenaga, walaupun impaknya terhadap Malaysia setakat ini masih terkawal.

Katanya lagi, meskipun terdapat tekanan terhadap harga minyak serta bekalan di peringkat antarabangsa, negara masih berjaya mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99, yang dianggap sebagai satu pencapaian positif.

Anwar turut menyatakan, konflik berkenaan bukan sahaja menjejaskan negara-negara di rantau tersebut, malah kesannya turut dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menurutnya, hasil perbincangan dengan beberapa pemimpin dunia menunjukkan keadaan mungkin menjadi lebih buruk sebelum bertambah baik, dan proses pemulihan dijangka mengambil masa agak lama.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat tidak leka dengan sebarang petanda pemulihan, sebaliknya terus berwaspada dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa.

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta program khas bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal mencukupi.

Di samping itu, rakyat digalakkan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah, khususnya semasa sambutan Aidilfitri, bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *