Malaysia akan terus desak hentikan keganasan, perseteruan geopolitik – Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia mengambil pendirian jelas dan berprinsip iaitu mendesak dihentikan segera keganasan, meredakan ketegangan serta menghidupkan kembali saluran diplomasi yang berpaksi pada undang-undang antarabangsa dan penghormatan terhadap maruah manusia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, dalam suasana dunia yang terus berantakan akibat konflik dan perseteruan geopolitik, ketidakadilan dan kezaliman tidak boleh terus dibiarkan.

“Perang yang melanda Asia Barat hari ini yang dicetuskan rejim Israel dan didukung tentera Amerika Syarikat (AS), persoalannya tidak lagi berlegar perihal angka korban dan kemusnahan infrastruktur semata, malah ia mencerminkan kecenderungan yang berbahaya untuk menunduk atau mendominasi ruang wilayah serta pengaruh tanpa menghiraukan aspek kemanusiaan.

“Mangsa paling besar tentunya wanita, kanak-kanak dan masyarakat yang dipaksa hidup dalam ketakutan, kehilangan dan trauma yang berpanjangan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Maka, dalam kerangka inilah Forum Ilmuwan Malaysia MADANI hari ini menjadi wahana penting untuk menilai secara adil cabaran geopolitik yang merundung dunia.

“Saya juga berbesar hati tatkala menyambut kehadiran Profesor Jeffrey Sachs sebagai pembicara undangan, seorang ilmuwan dan juga sahabat yang telah sekian lama menekuni persoalan pembangunan, kemiskinan dan tatanan dunia (world order),” katanya dalam kenyataan di FB, malam tadi.

Anwar juga berharap wacana ilmiah seperti ini akan terus menyemarak ruang pemikiran yang berani, adil dan berprinsip dalam usaha dan upaya kita mempertahankan ‘reason’ dan martabat kemanusiaan sejagat.

Selain itu, Perdana Menteri dalam kenyataan lain di FB berkata, kestabilan sebenar negara bergantung kepada kekuatan perpaduan rakyat serta kesediaan untuk bergerak bersama demi masa depan Malaysia yang lebih makmur dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa serta global.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, kunjungannya ke Sabah memberi peluang untuk menyantuni pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pimpinan tempatan, penjawat awam, peniaga kecil serta golongan muda yang disifatkan sebagai harapan masa depan negeri dan negara.

“Sabah mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia bukan sekadar pada hasil bumi, tetapi juga pada keharmonian rakyat yang hidup dalam semangat muafakat dan saling menghormati, selain komitmen Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *