IPO Adnex terlebih langganan 3.23 kali

KUALA LUMPUR – Adnex Group Berhad (Adnex) mengumumkan tawaran awam permulaannnya (IPO) telah terlebih langgan sebanyak 3.23 kali.

IPO Adnex terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90.50 juta saham biasa baharu dan tawaran jualan sebanyak 39.50 juta saham sedia ada.

Syarikat menerima sejumlah 3,362 permohonan untuk 105,851,300 saham terbitan daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 3.23 kali ganda.

Adnex memperuntukkan 25 juta saham atau lima peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia.

Manakala15.00 juta saham atau tiga peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan akan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan individu lain yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Syarikat dan anak syarikatnya.

Sebanyak 27.50 juta saham atau 5.50 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih,

23 juta saham atau 4.60 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Malaysia (MITI).

Manakala tawaran untuk jualan 39.50 juta saham sedia ada atau 7.90 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

Kan Wai Chun, Pengarah Urusan Adnex Group Berhad Kan Wai Chun berkata, pihaknya berterima kasih dengan sambutan daripada pelabur dan berterima kasih atas keyakinan yang diberikan kepada Adnex.

“Penerimaan positif IPO kami mencerminkan pengiktirafan reputasi kami yang telah lama wujud untuk mutu kerja yang berkualiti, kecemerlangan penyampaian projek dan pertumbuhan yang konsisten.

“Hasil IPO akan membolehkan kami mengukuhkan kapasiti operasi kami, menaik taraf dan meningkatkan infrastruktur digital kami, dan mengembangkan jejak kami ke Malaysia Timur dan pasaran luar negara terpilih sambil kami terus memberikan nilai kepada pelanggan dan pemegang saham kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnex turut menerima 1,237 permohonan untuk 19,870,200 saham terbitan, bersamaan dengan kadar lebihan langganan sebanyak 0.59 kali ganda dan bahagian awam Malaysia yang lain, Adnex menerima 2,125 permohonan untuk 85,981,100 saham terbitan, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 5.88 kali ganda.

Adnex dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 17 Mac 2026.

Public Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal untuk IPO ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *