Chelsea akhiri kisah dongeng Wrexham, mara ke suku akhir Piala FA

WREXHAM, Wales – Chelsea memerlukan masa tambahan sebelum menewaskan Wrexham 4-2 untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas perlawanan sengit di Racecourse Ground, awal pagi tadi.

Alejandro Garnacho dan Joao Pedro menjaringkan gol pada masa tambahan bagi memastikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akhirnya mengatasi cabaran pasukan divisyen kedua berkenaan.

Garnacho meledak gol pada minit ke-97 menerusi voli jarak dekat yang begitu kencang sehingga bola melantun dari rangka belakang gawang, sekali gus memberikan Chelsea kelebihan pertama dalam perlawanan itu.

Wrexham yang beraksi dengan 10 pemain selepas George Dobson dilayangkan kad merah pada minit ke-93 hampir menyamakan kedudukan pada masa tambahan apabila Lewis Brunt menanduk masuk bola, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Agak mengecewakan kerana pengalaman pertama kami menggunakan VAR berakhir sebegini,” kata pengendali Wrexham, Phil Parkinson kepada TNT Sports.

Joao Pedro kemudian memastikan kemenangan Chelsea menerusi penyudah jarak dekat pada minit ke-125.

Terdahulu, Sam Smith meletakkan kelab Liga Kejuaraan itu di depan pada minit ke-18 selepas menyambut hantaran jauh Callum Doyle sebelum menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez.

Chelsea menyamakan kedudukan dengan sedikit tuah apabila percubaan Garnacho terkena Arthur Okonkwo selepas percubaan George Thomason untuk mengeluarkan bola sebelum bergolek masuk ke gawang sendiri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Wrexham kembali mendahului pada minit ke-78 apabila Doyle menolak bola ke dalam gawang selepas Ryan Longman menghantar semula bola susulan sepakan penjuru.

Namun, Josh Acheampong menyamakan kedudukan tidak lama kemudian menerusi rembatan kencang ke bumbung gawang selepas Dobson tergelincir, memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Chelsea yang sudah lapan kali menjuarai Piala FA dan kini berada di tangga kelima liga membuat sembilan pertukaran pemain daripada kesebelasan yang menewaskan Aston Villa 4-1 pada aksi EPL, Rabu lalu.

“Kami berjaya mara. Bukan persembahan terbaik tetapi perlawanan ini amat sukar seperti yang dijangka. Wrexham bermain dengan cemerlang,” kata pengendali Chelsea, Liam Rosenior.

“Ini benar-benar perlawanan Piala FA yang menggambarkan mengapa semua orang menyukai saingan ini. Saya gembira kami berjaya mara.”

Wrexham yang dimiliki bersama pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney sejak 2021 hampir menambah satu lagi pencapaian gemilang selepas tiga kali berturut-turut naik divisyen dan kini berada di tangga keenam Liga Kejuaraan.

Sebelum ini mereka menyingkirkan kelab EPL, Nottingham Forest menerusi penentuan penalti pada pusingan ketiga.

Namun usaha mereka terhenti walaupun mencipta beberapa peluang terbaik termasuk percubaan Lewis O’Brien yang hanya sedikit tersasar pada hujung permainan. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *