Sains dan Warisan Budaya Satukan Masyarakat di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program Pencerapan Bulan dan Pesta Tanglung anjuran Persatuan Huang Terengganu di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) bukan sekadar mengangkat warisan budaya masyarakat Cina, malah membuka ruang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk saling mengenali tradisi dan nilai yang dikongsi bersama.

Presidennya, Wee Pit Beng berkata, penganjuran kali ini menampilkan pendekatan berbeza apabila elemen sains digunakan sebagai medium untuk menarik minat generasi muda mendekati warisan budaya mereka.

Menurutnya, aktiviti seperti pencerapan bulan dan pengenalan kepada tanglung memberi peluang kepada pengunjung memahami aspek budaya daripada perspektif yang lebih luas.

“Pendekatan berbeza pada tahun ini adalah dengan menggunakan elemen sains sebagai medium untuk mendekati generasi muda dalam usaha memperkenalkan mereka kepada warisan budaya dan susur galur mereka sendiri. Sebagai contoh, tanglung merupakan antara simbol penting dalam kebudayaan kami, namun di sebaliknya terdapat pelbagai aspek sains yang menarik untuk diterokai bersama,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, berbanding penganjuran terdahulu yang lebih tertumpu kepada komuniti setempat di Kampung Cina, Kuala Terengganu, lokasi di PSKT kali ini membolehkan lebih ramai masyarakat pelbagai latar belakang hadir mengenali budaya masyarakat Cina dengan lebih dekat.

Ketua Pegawai Operasi PSKT, Hilman Hajijan berkata, program berkenaan menunjukkan pusat sains bukan hanya berfungsi sebagai ruang pembelajaran STEM semata-mata, malah mampu menjadi platform yang menghubungkan ilmu pengetahuan dengan nilai budaya dan kemasyarakatan.

“Kami sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada komuniti,” katanya ketika menyempurnakan majlis penutup program berkenaan.

Selain perarakan tanglung dan aktiviti pencerapan bulan sebagai acara utama, program itu turut dimeriahkan dengan pertandingan Pesona Cilik Fesyen Cina, pertandingan memasak Citarasa Mek Awang, sesi merasa kuih bulan serta persembahan kesenian yang disertai pengunjung pelbagai peringkat usia.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *