Doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di asrama

KOTA BHARU – Seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Kuala Krai Mazlan Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 9.55 pagi sebelum pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Kuala Krai dikerah ke lokasi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air asrama.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai menerusi talian 09-966 6222 bagi membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *