NEWCASTLE – Michael Carrick berkata, kekalahan 2-1 Manchester United (MU) di tangan Newcastle amat menyakitkan, iaitu kali pertama dia tewas sebagai pengendali kelab itu.
William Osula masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan buat tuan rumah yang beraksi 10 orang sepanjang babak kedua di St James’ Park.
Kekalahan itu menjejaskan misi skuad kendalian Carrick untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Carrick, bekas pemain tengah Red Devils, yang mengambil alih kelab itu secara sementara pada Januari, memenangi enam dan seri sekali dalam tujuh perlawanan pertamanya sebelum kunjungan ke Newcastle.
Dia juga belum pernah tewas ketika menjadi pengendali sementara pada tahun 2021.
Newcastle kehilangan Jacob Ramsey di awal masa kecederaan babak pertama sebelum mendahului permainan menerusi penalti Anthony Gordon.
Namun Man United menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi Casemiro.
United bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan pemain sepanjang babak kedua dan Orsula memastikan kemenangan dengan larian pantas di sebelah kanan sebelum melencongkan bola melepasi Senne Lammens.
“Kami tidak gembira dengan cara kami bermain malam ini. Permainan berpihak kepada kami tetapi pujian buat Newcastle di atas cara mereka menanganinya.
“Kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami gagal memanfaatkan peluang. Saya amat kecewa.
“Ia bukan kerana mereka yang bermain 10 orang, tetapi kami bermain tidak cukup bagus. Kami tidak boleh menggunakannya sebagai alasan. Kami semua perlu bertanggungjawab,” kata Carrick.
Carrick berkata, pasukannya yang kini menghuni tangga ketiga liga dan tidak mempunyai kejohanan lain untuk diharungi, perlu segera bangkit pada perlawanan seterusnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L