WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk “memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol” kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.
“Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol,” kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.
“Saya juga tidak berpuas hati dengan UK (United Kingdom),” kata Trump.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran.
Merz ialah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak pentadbiran AS melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran pada pagi Sabtu.
Kedua-dua pemimpin berkata operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup mereka. – BERNAMA-XINHUA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: Nasional Daily
Iklan: Admin / Sales / 012-9222001
Whatsapp: Nasional Daily
