SPRM Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Isu Audit UKM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM telah mengkaji laporan audit itu dan sedang mendapatkan kerjasama UKM untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Siasatan memfokuskan kepada dua isu, iaitu program pengambilan pelajar yang dikesan tidak mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah dan tuntutan palsu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azam berkata tiada saksi dipanggil setakat ini dan SPRM akan mendapatkan dokumen penting daripada UKM bagi tujuan siasatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada minggu lepas, SPRM mengesahkan akan memulakan siasatan awal berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan UKM yang dilaporkan dalam LKAN 1/2026.

Pada 23 Feb, LKAN 1/2026 mendedahkan UKM berdepan ketakteraturan serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di universiti itu yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan kewangan. 

Menurut laporan itu, kutipan hasil dibuat oleh pihak tidak diberi kuasa iaitu Koperasi B-5-1788 bagi yuran pelajar berjumlah RM50.74 juta merangkumi Sarjana Pendidikan (SPEND) RM3.53 juta dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) RM47.21 juta.

Selain itu, hasil yuran pelajar sebanyak RM32.36 juta yang diagihkan kepada Koperasi B-5-1788 termasuk RM0.87 juta diterima oleh UKM melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan eKewangan tidak direkodkan sebagai hasil yuran pelajar UKM.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Laporan itu menyatakan agihan yuran yang dikutip daripada pelajar SPEND dan DPLI oleh Koperasi B-5-1788 berjumlah RM21.02 juta, lewat diserahkan kepada pihak UKM antara 31 hari hingga 291 hari.  – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: Nasional Daily

Iklan: Admin / Sales / 012-9222001

Whatsapp: Nasional Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *