Semua resolusi AGM DC Healthcare diluluskan

DC Healthcare catat untung RM1.66 juta, hasil lonjak 54 peratus

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan estetik dan kesejahteraan perubatan, DC Healthcare Holdings Bhd mencatatkan pemulihan kewangan yang luar biasa apabila berjaya merekodkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM1.66 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK2025).

Pencapaian ini adalah satu perubahan prestasi operasi yang bermakna dan drastik berbanding Kerugian Sebelum Cukai (LBT) sebanyak RM20.42 juta yang dialami pada tahun sebelumnya (TK2024).

DC Healthcare Holdings dalam satu kenyataan berkata, pemulihan ini sebahagian besarnya didorong oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi serta kos kakitangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah yang ditanggung oleh syarikat berkenaan.

Perubahan positif ini turut disokong oleh lonjakan hasil tahunan sebanyak 54 peratus kepada RM86.13 juta untuk TK2025, berbanding RM55.80 juta pada TK2024. Selari dengan itu, keuntungan kasar meningkat mendadak kepada RM44.13 juta daripada RM21.25 juta sebelumnya.

Mengenai prestasi suku tahunan, kenyataan media berkenaan menegaskan, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM21.91 juta pada S4 TK2025, mewakili peningkatan 32 peratus berbanding RM16.61 juta pada suku yang sama tahun lepas (S4 TK2024).

“Pertumbuhan didorong terutamanya oleh kutipan jualan tunai yang lebih kukuh daripada perkhidmatan estetik, yang menyumbang RM18.44 juta atau 84 peratus daripada jumlah hasil untuk suku semasa,” kata kenyataan itu.

Walaupun hasil pada suku keempat (S4 TK2025) menurun sebanyak 15 peratus kepada RM21.91 juta berbanding S3 TK2025 berikutan kadar penebusan yang lebih rendah untuk perkhidmatan estetik, kumpulan itu tetap berdaya tahan dan kekal menguntungkan dalam model operasinya.

Hasil yang lebih tinggi pada suku berkenaan turut diterjemahkan kepada keuntungan kasar yang lebih tinggi sebanyak RM10.13 juta, dan PBT sebanyak RM0.47 juta.

Melihat ke hadapan, syarikat berkenaan terus memperkukuh tonggak strategiknya untuk memacu pertumbuhan yang mampan dengan mensinergikan jenama terasnya iaitu Klinik Dr Chong, Dr Chong Slimming, dan NewB Premium Skincare.

Bagi meningkatkan ketepatan perkhidmatan dan pengekalan pelanggan, kumpulan ini juga sedang meneroka penggunaan analisis kulit berbantukan kecerdasan buatan (AI) serta pelan rawatan peribadi.

Pada masa sama, sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) sedang diperkenalkan untuk menyokong pembuatan keputusan berasaskan data dan kebolehskalaan operasi masa hadapan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *