Pekerja Swasta Rugi Lebih RM600,000 Terperdaya Skim Pelaburan Palsu

KUANTAN – Seorang pekerja swasta kerugian lebih RM600,000 akibat terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud yang dipromosikan menerusi laman sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki tempatan berusia 57 tahun itu yang tertarik dengan tawaran lumayan skim pelaburan itu dipercayai telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa memuat turun satu aplikasi pelaburan yang kemudian memaparkan keuntungan kononnya meningkat sehingga mencecah RM1.84 juta termasuk komisen pelaburan.

“Bagaimanapun, apabila mangsa ingin mengeluarkan semula wang pelaburan berserta keuntungan yang dipaparkan, suspek memberi pelbagai alasan dan meminta bayaran tambahan sebelum proses pengeluaran boleh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Yahaya berkata mangsa membuat empat transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza dari 9 Jan hingga 11 Feb menggunakan simpanan peribadi serta pinjaman ahli keluarga, menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah RM636,123. 

Sementara itu, beliau berkata orang ramai diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi. 

“Mangsa penipuan juga dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *