Kegiatan Agama, Pembinaan Rumah Ibadat Wajib Ikut Peraturan – Anwar

PUTRAJAYA – Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara.

“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 12 Feb, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *