Cuaca buruk sukarkan pasukan penyiasat ke lokasi nahas pesawat di Banjaran Andes

CUCUTA, COLOMBIA – Pasukan penyiasat bergelut dengan kabus tebal di kawasan pergunungan Colombia untuk tiba ke lokasi nahas pesawat yang mengorbankan kesemua 15 individu, termasuk seorang ahli politik.

Imej yang dikongsi di media sosial memaparkan serpihan pesawat dikelilingi semak dan lumpur.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, penduduk tempatan serta petani menjadi kumpulan terawal tiba di lokasi nahas yang terletak di kawasan hutan tebal di timur Banjaran Andes dengan keadaan cuaca mudah bertukar.

Sebahagian kawasan luar bandar di sekitarnya turut dikuasai kumpulan gerila terbesar Colombia, Tentera Pembebasan Nasional (ELN).

Walaupun punca nahas belum dapat dipastikan, pihak berkuasa penerbangan Colombia menekankan faktor cuaca buruk.

Ketua Siasatan Kemalangan Pihak Berkuasa Aeronautik Awam Colombia, Kolonel Alvaro Bello berkata, pihaknya merekodkan keadaan cuaca tidak mengizinkan secara berterusan dilokasi nahas.

Pesawat berkenaan membawa dua kru dan 13 penumpang, termasuk anggota Dewan Perwakilan Colombia, Diogenes Quintero dan calon dalam pilihan raya akan datang, Carlos Salcedo.

Pesawat itu berlepas dari bandar sempadan Cucuta dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara sejurus sebelum dijadualkan mendarat di Ocana sekitar tengah hari.

Penerbangan yang dijadualkan mengambil masa 23 minit itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan milik kerajaan Colombia, Satena.

Kerajaan mengerahkan Tentera Udara untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan terbabit. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *