Pemegang saham Sunzen lulus semua resolusi AGM ke-20

PETALING JAYA – Para pemegang saham Sunzen Group Berhad (Sunzen) meluluskan semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh (AGM ke-20) hari ini mencerminkan keyakinan luas terhadap tadbir urus, fokus strategik dan rancangan jangka panjang Kumpulan.

Selain meluluskan penyata kewangan beraudit berakhir 30 Jun lalu, para pemegang saham turut meluluskan yuran dan faedah pengarah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026.

AGM itu juga turut memilih semula Teo Yek Ming dan Poo Long Yii sebagai pengarah syarikat, kedua-duanya bersara secara bergilir mengikut perlembagaan syarikat.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Group Berhad, Teo Yek Ming berkata, syarikat amat terdorong dengan sokongan pemegang saham kukuh yang diterima hari ini.

“Kelulusan semua resolusi mengesahkan semula keyakinan terhadap keutamaan strategik kami merentasi Kesihatan Manusia, Peranti dan Perkhidmatan Perubatan dan Pembiayaan Pinjaman.

“Ketika kami bergerak ke fasa pertumbuhan seterusnya, kami kekal fokus pada disiplin operasi, kebolehskalaan produk dan segmen serta memberikan nilai yang mampan untuk para pemegang saham kami,” katanya.

AGM turut meluluskan pelantikan semula Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT sebagai juruaudit luar kumpulan bagi tahun kewangan berikutnya, dengan lembaga diberi kuasa untuk menetapkan imbuhan mereka.

Resolusi lain yang diluluskan termasuk memperbaharui kuasa untuk pengarah menerbitkan dan memperuntukkan saham sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitan Syarikat menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016, memberikan fleksibiliti untuk pengumpulan dana masa hadapan bagi menyokong pengembangan, pelaburan atau modal kerja.

Kelulusan pembaharuan kuasa untuk Sunzen membeli sehingga 10 peratus saham Sunzen sendiri di Bursa Malaysia Securities Berhad.

Serta kelulusan melanjutkan khidmat Khoo Kien Hoe sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, yang membolehkan beliau terus berkhidmat melebihi sembilan tahun sebagai pengiktirafan atas objektiviti, keakraban perniagaan dan sumbangan konsisten beliau kepada Lembaga.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *