Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Disember ini dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menetapkan 4 Disember ini untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.

‎Penolong Pendaftar Kanan Nadiah Misman membuat keputusan itu selepas peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili Ismanira memfailkan permohonan berhubung perkara tersebut hari ini.

‎Pada 31 Oktober lalu, Ismanira, 30, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya yang juga kanak-kanak autistik sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Oktober lalu, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. ‎– BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *