Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup berikutan tanah runtuh

GUA MUSANG – Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak semalam hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dan FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap-Bertam-Meranto,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *