Puluhan cedera dua kereta api bertembung di barat Slovakia

ISTANBUL – Dua kereta api bertembung di barat Slovakia menyebabkan puluhan penumpang cedera, menurut polis hari ini.

Kemalangan berlaku di landasan kereta api antara ibu kota Bratislava dan Bandar Pezinok, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial Facebook, polis Slovakia berkata, pasukan kecemasan dan pegawai bergegas ke lokasi sejurus selepas kejadian.

Laporan awal menunjukkan tiada kereta api yang tergelincir selepas pelanggaran itu, menurut kenyataan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkhidmatan kereta api di kedua-dua arah digantung dan bas dihantar ke lokasi untuk memindahkan penumpang.

Menurut laporan media tempatan yang memetik Kementerian Dalam Negeri, seramai 11 orang yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – BERNAMA-ANADOLU

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *