KUALA LUMPUR – Advancecon Holdings Bhd. telah memperoleh dua kontrak bernilai RM25.14 juta daripada unit Sime Darby Property Bhd. untuk kerja tanah dan kerja berkaitan di Bandar Bukit Raja 2, Klang.
Kontrak itu diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Advancecon Infra Sdn. Bhd. (AISB) oleh Sime Darby Property (Bukit Raja) Sdn. Bhd. pada Khamis.
Kontrak itu, yang mempunyai tempoh 20 bulan akan bermula dari 6 November ini hingga 5 Julai 2027.
Projek yang akan dibiayai melalui dana dijana secara dalaman dan, atau pinjaman luar dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Advancecon.
Bandar Bukit Raja adalah salah satu perbandaran utama Sime Darby Property dan salah satu pembangunan bersepadu terbesar di daerah Klang.
Fasa baharu, Bandar Bukit Raja 2, memanjangkan jejak pembangunan ini, mengukuhkan lagi kedudukan perbandaran di Greater Klang Valley.
Minggu lalu, AISB juga memperoleh kontrak RM36.1 juta daripada Sime Darby Property (Serenia City) Sdn. Bhd. untuk tugasan kerja tanah dan infrastruktur berkaitan di Serenia City, Selangor.
“Kami berbesar hati kerana diamanahkan sekali lagi oleh Sime Darby Property, salah satu pemaju perbandaran terkemuka di Malaysia.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Kerjasama berterusan kami merentasi projek seperti Bandar Bukit Raja dan Serenia City mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyampaikan infrastruktur mampan dan pembangunan bandar berkualiti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulqn Advancecon Datuk Phum Ang Kia dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kemenangan terbaharu ini mengukuhkan lagi kedudukannya0 di Selangor, di mana syarikat terus memainkan peranan penting dalam menyokong ekosistem hartanah dan infrastruktur Malaysia.
Sehingga akhir Jun 2025, Advancecon melaporkan buku pesanan tertunggak kira-kira RM754 juta.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
