Perkasa nafi sertai parti politik

Isu konsesi Menara Kuala Lumpur, Perkasa buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersama beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat laporan polis.

Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini, pada jam 11.30 pagi ini berhubung pendedahan kontroversi berkaitan pemberian konsesi Menara Kuala Lumpur (MKL) kepada sebuah syarikat yang didakwa melibatkan anak kepada seorang menteri dalam Kerajaan Madani.

Laporan itu juga sebagai respon terhadap dakwaan yang dibangkitkan oleh dua Ahli Parlimen daripada blok Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Menurut kenyataan PERKASA, laporan itu bagi mendesak agar siasatan segera dijalankan untuk menentukan kesahihan pendedahan tersebut dan memastikan tiada unsur fitnah atau salah guna kuasa berlaku.

“Sebagai sebuah NGO yang sentiasa memperjuangkan integriti dan ketelusan, PERKASA memandang serius isu ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib segera menjalankan siasatan menyeluruh,” kata wakilnya.

Namun, katanya, jika dakwaan itu tidak berasas dan berunsur fitnah, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu demi menjaga nama baik kerajaan dan kestabilan negara.

PERKASA turut menegaskan, laporan polis itu bukan bersifat politik, tetapi atas dasar tanggungjawab awam untuk memastikan proses tadbir urus negara kekal bersih, telus dan tidak diseleweng oleh mana-mana pihak. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *