7 kenderaan bawa hakim, peguam, pemerhati dan saksi inkues tiba di sekolah Zara Qairina

PAPAR – Tujuh kenderaan membawa kakitangan mahkamah bersama barisan peguam yang terbabit inkues kematian Zara Qairina Mahathir tiba di sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di sini jam 9.15 pagi tadi.

Berita Harian melaporkan, selain hakim Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner, turut dibawa dalam konvoi kenderaan itu adalah pasukan peguam, pemerhati dan saksi termasuk pakar patologi, Dr. Jessie Hiu.

Mereka tiba di sekolah itu untuk sesi ‘locus in quo’ iaitu prosiding luar Mahkamah Koroner untuk inkues kematian Zara Qairina yang masuk hari keenam hari ini.

Terdahulu kenderaan itu bertolak dari Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu jam 8.45 pagi dan tiba di sini memasuki pintu utama sekolah diiringi kenderaan PDRM.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum itu, kenderaan membawa masuk pasukan pendakwa raya ke lokasi kejadian pula tiba jam 8.30 pagi.

Kenderaan yang membawa pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tiba jam 7.29 pagi.

Sesi ‘locus in quo’ dijadual bermula jam 9.30 pagi selama kira dua hingga tiga jam sebelum kembali semula ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menyambung sesi prosiding jam 2 petang nanti di Mahkamah Koroner.

Bagaimanapun, mahkamah semalam dan polis pagi tadi memaklumkan, media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah ketika sesi ‘locus in quo’ berlangsung.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Namun tinjauan luar kawasan sekolah mendapati pengamal media sudah berada di luar sekolah seawal jam 7 pagi bagi membawa perkembangan terkini inkues.

Semalam, mahkamah turut memaklumkan walaupun prosiding berlangsung di lokasi kejadian sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa di luar bangunan asrama.

Kelihatan pasukan anggota keselamatan PDRM membuat kawalan sekitar dalam dan luar sekolah seawal 7 pagi bagi memastikan prosiding luar mahkamah berjalan lancar dan terkawal. – BH

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *