Uruguay, Colombia antara lima pasukan baharu disahkan ke Piala Dunia 2026

BERLIN – Uruguay dan Colombia antara lima pasukan kebangsaan yang mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2026 sepanjang aksi antarabangsa bulan September, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Uruguay, selaku tuan rumah dan juara edisi pertama kejohanan pada 1930, layak selepas menewaskan Peru 3-0 pada Khamis.

Colombia, yang terlepas Piala Dunia 2022 di Qatar, menempah tiket selepas menundukkan Bolivia 3-0.

Paraguay pula akan membuat penampilan semula di Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2010, apabila seri 0-0 dengan Ecuador yang sudah memadai baginya untuk menduduki tempat keenam sekali gus meraih slot terakhir kelayakan terus Zon Amerika Selatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dua wakil Afrika yang turut mara ialah Maghribi dan Tunisia, kedua-duanya pernah beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Maghribi mengesahkan kemenangan Kumpulan E kelayakan Afrika selepas menewaskan Zambia 2-0 pada Isnin, manakala Tunisia menjuarai Kumpulan H selepas menewaskan Guinea Khatulistiwa 1-0.

Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada sebelum ini sudah layak secara automatik selaku tuan rumah bersama.

Negara lain yang telah mengesahkan tempat lebih awal ialah juara dunia Argentina, Brazil, Jepun, New Zealand, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, Australia, Jordan dan Ecuador.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bolivia pula mara ke perlawanan penentuan antara konfederasi. Satu lagi pasukan yang sudah layak setakat ini ialah New Caledonia.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun dan perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 19 Julai di New York. – BERNAMA-dpa

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *