Pegawai kanan gred Jusa B ditahan SPRM: JWP, DBKL sedia beri kerjasama

KUALA LUMPUR – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan penahanan pegawai kanan gred Jusa B pada Isnin.

Harian Metro melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh sesiapa pun.

“Saya dapat tahu maklumat penahanan ini daripada berita yang dilaporkan. Sekiranya benar, kita beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, seorang pegawai kanan yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) dilapor antara tiga individu ditahan SPRM kerana disyaki terlibat rasuah sejak 2014.

Pegawai kanan gred Jusa B itu ditahan bersama seorang pemilik syarikat dan orang awam.

Menurut sumber, pegawai yang berkhidmat di ibu negara berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar 4 petang di pejabatnya, manakala pemilik syarikat iaitu lelaki lingkungan 40-an dan wanita, 40-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *