Kebakaran Besar Musnahkan 14 Rumah dan Kedai di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 14 rumah setinggan dan beberapa kedai di Jalan Pantai Dalam, berhampiran Stesen Komuter KTM di sini, musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 11.11 malam.

Serentak itu juga, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai bersama bantuan BBP Hang Tuah, Seputeh dan Sri Hartamas digerakkan ke lokasi.

Operasi memadam kebakaran melibatkan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit tangki air dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan seramai 36 anggota bomba.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Ketua BBP Pantai, Penguasa Kanan Bomba I, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan rumah setinggan berkeluasan 100 x 80 kaki persegi.

“Kebakaran turut merebak ke empat premis kedai berhampiran melibatkan keluasan 200 x 120 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Antara premis terjejas ialah Mydin Mart dan Pasaraya Karnival, manakala bahagian atas pasar raya terbakar 100 peratus dan tingkat bawah Mydin Mart mengalami kemusnahan sekitar 20 peratus.

Tiga lagi kedai bersebelahan dilaporkan musnah sehingga 90 peratus.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.49 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran JBPM.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *