Koperal Mohd Hafizul maut dirempuh kenderaan penjenayah

ALOR SETAR – Polis Kedah dikejutkan dengan berita pilu apabila seorang anggotanya dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut dirempuh kenderaan dinaiki empat penjenayah yang melarikan diri selepas melakukan jenayah pecah rumah.

Kejadian sekitar jam 3.30 petang di Taman Golf, Alor Setar itu berlaku ketika sepasukan anggota polis sedang menjalankan siasatan berdasarkan maklumat awam berkaitan kegiatan pecah rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kedah CP Adzli Abu Shah berkata, sebaik tiba di lokasi, Allahyarham yang baru keluar dari kenderaan polis telah dirempuh secara agresif oleh suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Lexus.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan Koperal Hafizul mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kehilangan ini amat dirasai, lebih-lebih lagi apabila arwah telah berkhidmat selama 15 tahun dalam PDRM dan meninggalkan seorang isteri serta tiga anak lelaki berusia 4, 9 dan 11 tahun,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Adzli, seorang suspek berjaya diberkas di lokasi kejadian, manakala tiga lagi bertindak melarikan diri dan sempat merampas sebuah kereta milik pasangan warga emas di sebuah hotel berhampiran.

“Mereka menarik keluar pemandu lelaki dan melarikan kenderaan itu bersama isteri mangsa yang berada di tempat duduk hadapan.

“Kenderaan itu akhirnya terlibat dalam kemalangan di Kepala Batas dan tindakan pantas polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kata beliau, siasatan mendapati ketua kumpulan penjenayah itu memiliki 77 rekod jenayah lampau, termasuk pecah rumah, curi kenderaan dan dadah. Tiga lagi suspek juga memiliki pelbagai rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah).

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *