Apa punca Thailand – Kemboja krisis?

RAMAI terkejut dan rasa seperti bermimpi apabila mereka digegarkan dengan krisis ketenteraan antara Thailand dan Kemboja.

Selama ini, kita dihidangkan dengan peperangan antara Israel – rakyat Palestin – Iran – Amerika Syarikat serta Ukraine – Rusia, tetapi tiba-tiba berlaku di dua negara jiran yang terdekat dengan kedudukan kita.

Berdasarkan carian ND, punca pergolakan antara Thailand dan Kemboja secara umumnya disebabkan pertikaian sempadan, terutama berkaitan dengan Kuil Preah Vihear dan kawasan sekitarnya.

Ianya bermula sejak akhir tahun 1950-an lagi sehingga membawa kepada kemuncaknya pada Khamis lalu, apabila lebih 10 anggota tentera dari kedua negara maut dalam serangan hendap masing-masing.

Beberapa pemimpin Asian termasuk Malaysia cuba untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan kedua negara berkenaan, tetapi salah satu darinya memberi syarat yang sukar untuk Malaysia tunaikan, menyebabkan krisis itu berlarutan.

Pembinaan atau kewujudan sebuah rumah ibadat bernama Kuil Preah Vihear dikatakan punca utama pertikaian.

Kuil ini ialah kuil Hindu purba yang terletak di kawasan pergunungan Dangrek, di sempadan Thailand–Kemboja.

Pada tahun 1962, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan kuil itu milik Kemboja, namun Thailand berkeras berpendapat kawasan sekitar kuil, terutamanya tanah seluas 4.6 kilometer persegi itu miliknya.

Ketegangan meningkat semula pada tahun 2008 apabila Kemboja berjaya mendaftarkan kuil itu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO – yang ditentang keras oleh Thailand.

Ketegangan ketenteraan (2008–2011)

Tercetus pertempuran bersenjata antara tentera kedua-dua negara pada 2008, 2009 dan 2011 di sekitar kawasan kuil. Puluhan askar dan orang awam terkorban, manakala ribuan penduduk sempadan dipindahkan.

ICJ sekali lagi campur tangan (2013)

Pada tahun 2013, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan Kemboja mempunyai kedaulatan bukan sahaja ke atas kuil, tetapi juga kawasan tanah di sekelilingnya.

Sentimen nasionalisme dan politik dalaman

Isu sempadan sering dijadikan alat oleh ahli politik dalam kedua-dua negara untuk menaikkan sentimen nasionalis.

Di Thailand, misalnya, parti-parti konservatif dan tentera menggunakan isu berkenaan untuk meraih sokongan.

Di Kemboja pula, Perdana Menteri Hun Sen (bekas) turut memanipulasi isu itu bagi mengekalkan pengaruh politiknya.

Hubungan ekonomi dan diplomatik

Meskipun hubungan diplomatik pernah terputus beberapa kali, kedua-dua negara tetap bekerjasama dalam sektor ekonomi, pelancongan dan ASEAN.

Namun, ketegangan boleh tercetus semula jika isu sempadan dibangkitkan atau dimanipulasi berikutan keputusan Thailand untuk tidak menerima keputusan ICJ secara penuh, walaupun kemudian mematuhi secara teknikal serta berundur dari kawasan kuil.

Sehingga kini, isu sempadan sekitar kuil masih tidak selesai dan tiada pelan sempadan yang dipersetujui secara rasmi, walaupun kedua negara bersetuju membentuk Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) untuk menandakan sempadan berdasarkan peta lama.

Namun, tiada kemajuan besar kerana peta yang digunakan adalah berbeza antara kedua-dua pihak.

Bermula tahun 2009 hingga 2011, berlaku ketegangan dan pertempuran menyebabkan beberapa kematian di kedua-dua pihak.

Garisan sempadan dibuat mengikut peta warisan 1907 (Annex I) yang digunakan oleh Kemboja, yang menempatkan kuil Preah Vihear serta kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, Thailand mendakwa sempadan sepatutnya berdasarkan garisan watershed (bukit watershed), yang meletakkan kuil itu di Tanah Thai, iaitu berdasarkan perjanjian 1904 antara Siam dan kolonial Perancis.

Kawasan-kawasan hangat itu termasuklah Kuil Preah Vihear Temple di bahagian puncak pergunungan Dangrek.

Prasat Ta Moan Thom (Ta Muen Thom) di kawasan Emerald Triangle, tempat ketegangan terkini berlaku sejak Mei hingga Julai 2025.

Kawasan Chong Bok (dianggarkan terletak di Emerald Triangle) adalah pintu tiga sempadan antara Kemboja, Thailand dan Laos, sering menjadi lokasi pertikaian sempadan serta berontakan sejak 2025.

Prasat Ta Moan Thom hanya beberapa kilometer dari sempadan, menjadi flashpoint utama pada Julai 2025 apabila berlaku pertempuran berat yang melibatkan artileri, mortir dan serangan udara oleh jet F‑16. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *